Gunung Fuji Masa Autumn Cantik Gila! – Fujikawaguchiko, Japan Travel Tips

Dari Tokyo, kita bergerak ke Fujikawaguchiko, dekat kaki Gunung Fuji, Musim autumn dekat sini cantik sangat! dengan view tasik Kawaguchi yang dipenuhi daun maple merah , view Mount Fuji kat belakang memang sumpah EPIC nak mampos! Subhanallah!

Dalam video ni JomJapan bawak kita explore Fujikawaguchiko masa autumn, cari makanan halal, jadi Samurai, masuk Fuji-Q Highland, tengok Kampung Naruto, dan cuba rasa sendiri kenapa kawasan sekitar Gunung Fuji ni jadi impian ramai orang bila travel ke Japan.

Kalau yang tengah plan Japan trip, Tokyo to Mount Fuji, Fujikawaguchiko itinerary, tempat menarik dekat Gunung Fuji, halal food around Kawaguchiko, atau autumn in Japan, jemput tnegok video ni untuk bantu bagi gambaran sebelum korang sesat dekat sana!

Nak experience travel Tokyo macam aku?

Check out pakej dengan JomJapan dekat sini!: https://jomjapan.com/quote-request?ref_code=FIKRIZAMRI&origin=yt

🎵 Lagu & Music yang aku pakai dalam video ni: https://share.epidemicsound.com/fikrizamri

🎥 Camera equipment & Barang Travel yang aku guna: https://fikrizamri.com/gear

🎨 Color Grade by Dehancer Pro: https://www.dehancer.com (Code ‘FIKRIZAMRI’ for 10% Off!)

00:00 – Selamat Datang ke Fujikawaguchiko!
00:57 – Fuji-Q Highland
03:55 – Naruto Hidden Leaf Village at Fuji-Q Highland
08:15 – HOUTO LABO KAWAGUCHIKO
12:36 – Homestay Kawaguchiko
15:07 – Sunrise paling EPIC kat gunung FUJI!
17:28 – Autumn!!!!!!!!!
20:25 – Oishi Park
23:56 – Kedai Nenek, Saiko Iyashi-no-Sato Nemba
24:45 – Makan di Momoya (Iyashi-no-Sato)
27:40 – Saiko Iyashi-no-Sato Nemba
31:21 – Samurai Melayu Terakhir!

✌🏻 For collaboration / invitation / just want to say hi?

📧 Email: contact@fikrizamri.com
📘 Facebook: https://www.facebook.com/fikrizamri.films
📸 Instagram: https://www.instagram.com/fikri_zamri

Want to sponsor upcoming travel vlog? feel free to discover my upcoming travel plan: https://fikrizamri.com/

#MountFuji #Fujikawaguchiko #JapanTravelTips #AutumnInJapan #HalalJapan

39 Comments

  1. Bila lagi datang ke Labuan bajo Flores bro, di tunggu video part 2 di Labuan bajo.saya suka tengok video yang di Labuan bajo hari tu, memang terbaik 👍

  2. Video Jepun lepas bang Fikri dengan Adi pegi kampung Osawa kat Fujisato
    Kampung Osawa tu pun mesti cantik kalau musim luruh🍁 kan

  3. YES finally keluar jugak video baru haha tertunggu tunggu depan laptop selalu buka page fikri zamri nak tengok ada update tak

  4. terbaikkk fikri zamri!!!! cuma yang menjadi tanda tanya bila diorg enterframe bertiga siapa yang shoot video diorg?😆

  5. Nampak terus tekan..Vid Fikri Zamri tak pernah mngecewakan😭..Tq share moment travel,walaupun dapat tgok dalam Utube je..Mudahan Direzkikan Sampai semua tempat yg Bro fikri dah pergi..terutaman Pergi Umrah dam turkey.Amenn

  6. lama betul dipalau menunggu fuji punya video ingat dah dah takde dah video nih .mujur lah tuan punya video masih kabar

  7. Winter lepas ada rezeki sampai disini.. alhamdulillah sangat sangat bestttttttttttt

  8. tak sangka Fikri bawak Ned kawan Peter Parker pegi jepun. thanks belanja kami view jepun, tak sabar tunggu next video💪🏻

  9. terbaik lah..suka tgk banyak kan lagi video video yang berkuali semat lah😊😊😂😂🤣🤣❤❤😒😒😘😘😘😘

  10. Sekarang aku sudah mencecah usia 22 tahun, namun separuh daripada jiwaku sudah lama tertinggal di dapur ini. Sejak umur 17 tahun, hidup aku hanya tentang tanggungjawab. Sebagai anak sulung yang kehilangan bapa, aku memilih untuk korbankan bangku sekolah demi menjaga Ibu yang merupakan OKU mental dan memastikan adik-adik masih mampu meneruskan sekolah. 5 tahun di restoran ini, aku belajar erti pengorbanan yang sebenar.

    Menyandang gelaran sebagai seorang Chef, bukan mudah untuk aku menuntut hak waktu. Di dunia dapur, cuti itu satu kemewahan yang mustahil kecuali tubuh sudah benar-benar tumbang dan hanya MC menjadi pengganti diri. Amanah ini berat, namun lama kelamaan, badan mula melancarkan protes. Sakit sakit sendi mula terasa, punch card yang dulunya bersih kini mula merah berterabur. Aku sedar, aku bukannya malas, tapi aku hanyalah seorang manusia yang sudah mencapai tahap burnout dan sangat dahagakan sedikit 'ruang'.

    Dalam kepayahan aku mencari nafas di celah kesibukan, aku bertemu dengan karya Fikri Zamri. Walaupun naskhahnya jarang-jarang muncul, namun setiap kali videonya keluar, itulah ubat paling mujarab buat aku. Dia membawa aku terbang jauh, keluar dari kepulan asap dapur yang menyesakkan dan bau gas bocor yang membosankan, menuju ke tempat-tempat indah yang hanya mampu aku impikan.

    Terima kasih Fikri, kerana sudi menemani dan membantu menghidupkan semula soul aku yang sudah lama kering dan kontang. Kau adalah inspirasi untuk aku terus bertahan demi mereka yang aku sayang. ❤‍🩹