Planning asal nak panjat Gunung Fuji. Kebetulan pulak Zila ada setup trip sesama diorang nk ke Fuji. Pucuk cita ulam mendatang lah umpamanya. Tak fikir panjang dah. Terus ON je. Then wife tambah lagi ajak backpacker kat jepun pulak.
So planning asal nak ke Sapporo, tapi lepas buat sedikit research, kami cancel Sapporo sebab mahal sangat & musim tak sesuai time tu. Kami tukar destinasi ke Kyoto & Osaka.
Video ni cover untuk trip Fujiyama & kawasan sekitar Kawaguchiko. Sayangnya kami tak berjaya ke puncak Fuji kerana ribut kuat. Adat lah, tak semua trip kita berjaya ke puncak. Yang penting enjoy the jorney. Ada rezeki kita repeat. Tapi yang bestnya berjaya pulak buat trip sondol Gunung Kenashi. Puncanya ternampak dalam peta laluan bas di Kawaguchiko ada tulis Mount Kenashi trail entrance.
Pada pendapat aku area Kawaguchiko ni sangat menarik. Tenang, cantik, segar, seronok je rasa. Insyaallah jika ade peluang dan kemampuan boleh berkunjung lagi ke sini.
Harap korang semua terhibur dengan video aku kali ni. Nanti kan part 2, cover pengalaman ke Kyoto & Osaka pulak.
Jangan lupa tekan button LIKE & SUBSCRIBE