Dapatkan Produk Baru Tuatu Sekarang » https://www.tuatu.my/

Gunakan kod “DESTINASITV” untuk pembelian lebih RM60 dan dapatkan penghantaran secara PERCUMA!

Fendi dan Crew Destinasi TV singgah ke Bazar Simpang Empat Sg Udang di Klang dalam episod Destinasi Bazar kali ini. Bazar ini menawarkan pelbagai hidangan yang menarik, sedap dan harga yang berpatutan. Antara hidangan yang disajikan ialah Nasi Lemak Kukus Ayam & Burung Goreng Berempah, Lemang Bakar, Nasi Bariani Batu Pahat dan macam-macam lagi 🤩

📍 Lokasi » Bazar Ramadan Simpang Empat, Sungai Udang, Selatan Klang

⏰ Bermula jam 3 petang

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

42 Comments

  1. bazar simpang 4, sg udang klang ni , kalau nak pergi time hari kerja ok lagi. Kalau pergi sabtu ahad boleh patah semangat woo carik parking dgn kepadatan org duk membeli nya

  2. Assalammualaikum admin destinasi Tv, setiap ramadan banyak terjah bazar kat lembah klang je…dah bosan..pergi kat area negeri2 lain pula mcm bandar kedua, ketiga terbesar, pekan2 ke setiap negeri luar lembah klang pula baru bertambah menarik content nya.

  3. Salam destinasi tv😁,kalau ade mase dtg la Bazar sungai besar Selangor,kalau x de keberatan mlm tu boleh dtg ke expo raya di stadium sungai besar👍

  4. Kalau nak tengok review bazar mmg destinasi TV no 1. Channel lain selalu tunjuk video dgn caption je takde interview rasa hambar dan bosan sikit. And of course Fendi sebagai tunjang utama. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

  5. ramai org lme meniaga cni, murah pun murah.. tp dlm byk2 episod rsenya bazar kat sek 13 aritu byk sedekah makanan kat Fendi lah

  6. duduk sini pergi 2 kali je bazar ni ,klo nk kne pergi naik motor sbb parking keta mmng ssh,adeeii…

  7. Murahnya tepung pelita adik tu .. 5 biji = rm4 .. semoga dimurahkan rezeki adik tu ..

  8. fendi ni ada aura dia..dari dulu dari review makanan murah2 smpai skrg…best..toplist pengacara yg pandai bersosial

Write A Comment