Hari Ke 2, Osaka-ko, kami ke Kaiyukan Aquarium dengan jarak 8 minit berjalan kaki dari apartment kami. Aquarium yang agak besar dan menarik sesuai untuk kanak-kanak kerana banyak ikan-ikan dan tarikan utamanya adalah Jerung Paus.
Osaka-ko, bandar yang tenang, kenderaan kurang dan tidak sibuk. Inilah suasana berjalan kaki paling menarik dalam pengalaman saya.
Kemudian kami ke bandar utama Osaka, Dotunburi, sebuah bandar yang sangat meriah dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni, penuh dengan pelancong & orang tempatan.
Kami ke kedai Don-Quijote di sana untuk dapatkan jam tangan G-shock. Mengikut review di internet inilah kedai paling murah di Japan sekiranya anda ingin dapatkan G-Shock.
Antara tempat-tempat menarik di Osaka:
1) Kaiyukan Aquarium (Osaka-ko)
2) Universal Studio Japan (Osaka-ko)
3) Dotonburi Town & Streets (Dotonburi)
4) Don Quijote, Kedai Jual G-Shock Murah (Dotonburi)
5) Bic Camera (Tomica, Ole-ole & Cendera hati)
Banyak lagi tempat-tempat lain. Pendek kata untuk kita orang Malaysia semua tempat di Osaka ni memang cantik-cantik. Sebab semua tempat kemas, teratur & bersih. Suasana yang jauh beza dengan negara kita & sesuatu yang baik kita contohi.
AloJapan.com