Dapatkan Botok-Botok Embah Buyut, Produk Warisan Tradisional Johor!

Nombor Telefon: 011-1533 7944
Link: /

Resepi Tok kini KEMBALI lagi menjelajah di belah Selatan Malaysia!

Kali ini Fendi mencari makanan tradisi orang Jawa yang berada di sekitar Muar, Johor. Menariknya, kami temui salah satu hidangan Jawa yang susah dijumpai pada zaman sekarang iaitu Botok-Botok!

Botok-Botok merupakan hidangan Jawa dimana mereka menghidangkan ikan yang sudah diperap dengan pelbagai jenis pucuk dan sayur dan dilapik dengan Daun Pisang Nipah. Sangat sesuai dimakan bersama Nasi yang panas.

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

AloJapan.com