Kembali lagi ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan kali ini Rhys berada di Daerah Hulu Langat. Dalam episod kali ini Rhys meneruskan pengembaraan mencari usahawan “ZERO to HERO” di Bandar Sri Putra, Kajang untuk belajar membuat kuih tradisi iaitu Kuih Talam.
Rhys bertemu dengan En. Ramli Kamiran, pemilik Ramli Talam Koci Niaga yang terkenal dengan kepelbagaian kuih tradisi dari Kuih Talam, Kuih Koci, Karipap dan sebegainya. Rhys tidak melepaskan peluang untuk belajar sendiri membuat Kuih Talam Tokyo di dapur Ramli Talam Koci. Ehh kejap-kejap, Talam Tokyo? Kuih apa tu? Nak tahu, jom tonton episod kali ini.
Siri ini dibawakan kepada anda oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Jangan lupa like Facebook page:
Facebook:
Instagram:
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis ( Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
AloJapan.com