Destinasi kami yang pertama ketika travel di Japan tahun 2024 ini adalah Kyoto. Mengapa kyoto? Sebabnya Kyoto ini terkenal dengan kekayaan sejarah Jepun dan merupakan bandar besar sebelum Tokyo dan Osaka diumumkan sebagai bandar utama Jepun. Bandar kyoto ini sangat tenang dan aman. Pelbagai sejarah yang boleh kita pelajari.
Kami travel ke Kyoto Japan selama 3 hari 2 malam. Saya sertakan itinerary kyoto Japan dalam video ini. Anda boleh tonton sehingga habis bagaimana pengalaman kami di sana.
Bercuti ke Jepun musim sejuk bersama anak kecil merupakan pengalaman pertama kami. Walaupun ada anak yang demam pada mulanya, tapi alhamdulillah kami dapat laluinya dengan baik.
Untuk tempahan tiket penerbangan, saya book di
Traveloka dan Trip.com
Aktiviti sepanjang di Japan
Klook.com
Penginapan
Airbnb dan Agoda.com
Ikuti perjalanan kami seterusnya ke bumi Sapporo. Tempat kedua salji tebal di dunia.